Luar Biasa BAIK...

..SelAMT MeyeLAMi JiWa InSAn BERgeLAR AQLI@AKAL ..

Friday, January 14, 2011

nak aktifkan blog yang x pernah aktif...moh bekarya ikut dan...

aqliaji@lifeJourney
16 November 2010
Tarikh dan saat ini hati ini tergerak untuk aqli menulis seberapa banyak yang boleh bagi memanafaatkan cuti akhir tahun 2010 UiTM.Bila difikir balik sudah sekian lama diri ini tidak menulis di dalam blog Aqliajihero@blogspot.com dan sekian lama tidak menjegah serta membuka blog ini. Ahh bila difikir balik akan tujuan asal aqli membuat serta membuka akaun di blogspot adalah untuk memberitahu semua orang di bumi bertuah Allah S.W.T ini bahawasanya Aqli ada bakat dalam bidang penulisan serta membangkitkan semangat yakni ilmu motivasi diri.Bila difikir balik saat diri yang kerdil dan hina ini mengambil keputusan tidak mahu bekarya dalam blog seumpama ini lantaran Aqli berfikir LAYAKKAH AQLI MENULIS,ADA BAKAT KAH AQLI INI,SEMUA KATA AKU MENCARUT AJE, DAN SETAKAT INI POM APA YANG AQLI TULIS SEMUANYA TIDAK MENARIK DAN MENGARUT.Itu semua sebab kenapa Aqli tidak menulis dan terus menulis di dalam blog ini tapi bila melayari internet tika waktu senggang Aqli merasakan perlu adanya satu web menceritakn akan semua perjalanan penulisan karya Aqli kerana bila difikir balik Aqli tidak perlu malu denga hasil karya Aqli di blog Aqli sendiri walaupun orang lain tidak suka untuk menbaca dengan susun atur blog pom tidak menarik isinya pom lagi tidak menarik.Tapi bila difikir balik setiap insan ada kelebihan dan stail masing-masing untuk bekarya dan Aqli tidak pom terjumpa syarat2 untuk menjadi bloggers mestilah menulis tentang fakta yang tepat serta menarik dan mempunyai elemen2 pendidikan barulah post kita akan ditayangkan di blog kita, tidak pernah pom sesekali Aqli terjumpa akan perkara tersebut kalau lah saudara saudari semua terjumpa silalah bagi tau hamba yang kekurangan ilmu ini.Jadi tarikh yang tercacat di atas merupakan detik kebangkitan Aqli di dalam blog Aqliajihero@blogspot.com ini tidak sesekali Aqli menulis untuk menyakitkan hati semua malah Aqli menulis adalah untuk berkongsi liku-liku hidup ini yang mencabar serta ingin berkongsi ilmu pengetahuan anugerah Allah s.W.T kepada Aqli biapun tidak sehebat Albert Estein, Dr Seri Mahathir Mohamad ,A Samad Said serta penulis2 tersohor yng lain tetapi detik dan tika ini Aqli yakin untuk menulis dan terus menulis meluahkan apa yang terbuku di lubuk hati ini yang kadang2 ceria dan kadang2 duka yang dialami.Semangat Aqli ini bekorbar-kobar dengan Kata BISMILLAHIRAHMANIRAHIM dengan ini Saya MUHAMMAD AQLIAZI BIN HUSSAIN tidak akan sesekali malu untuk menulis dan akan terus memperjuangkan bidang tulis menulis ini di Malaysia,Asia maupum di dunia yang fana ini…..Salam kebangkitan daripada penulis yang lemah serta kurang ilmu ini AQLI@AKAL....

ADA APA PADA NAMA MUHAMMAD AQLIAZI BIN HUSSAIN


Ketika kecil sering kali Aqli terfikir kenapalah orang2 di sekeliling ku sukar sekali ingin menyebut nama MUHAMMAD AQLIAZI BIN HUSSAIN kadang2 rasa macam nama yang arwah ayah Aqli berikan ini amat menekan jiwa dan rasa semacam ingin menukar nama tersebut kerana nama itu adalah pelik dan sukar untuk disebut dan tidak pernah pum sesekali Aqli terjumpa penama yang seperti nama Aqli. Ah! Kenapa Aqli tidak bersyukur dengan nama ini, pernah sekali semasa Aqli di Sekolah Menegah dan belajar di tingkatan empat pernah sekali cikgu bahasa melayu bertanyakan setiap maksud nama setiap dari kami di kelas 4sc2.Apabila tiba giliran Aqli dan cikgu bertanyakan maksud nama Aqli yang pelik ini Aqli hanya meanggukkan kepala tanda tidak sesekali mengetahui maksud disebalik nama yang asing di kalangan masyarakat melayu ini.Cikgu bahasa melayu Aqli lantas meyindir yang sepatutnya ibu bapa mestilah meletakkan nama setiap anak mempunyai maksud yang baik kerana beliau mengatakan yang semua tingkah laku kita dicorakkan oleh nama kita sekiranya kita mempunyai nama yang baik maka baiklah tingkah laku kita .Sindiran cikgu bahasa melayu Aqli itu telah membakar semangat Aqli untuk mencari maksud nama MUHAMMAD AQLIAZI ini satu persatu buku Aqli semak dan Aqli hanya menjumpai maksug di pangkal sahaja iaitu AQLI yang Aqli telah gunakan sebagai ganti nama saya dalam mana2 penulisan Aqli kerana Aqli selesa menggunakannya kerana AQLI dalam arabnya bermaksud akal dalam bahasa melayu tetapi setakat ini Aqli tidak pula menjumpai maksud keseluruhan nama aqli iaitu AQLIAZI.Kata2 cikgu bahasa melayu Aqli semasa Aqli berada di tingkatan empat amat terkesan sekali dimana pengajaran yang diperolehi ialah kita semestinya meletakkan setiap nama anak2 kita semestinya mempunyai maksud yang baik yang suatu hari nanti dapat mencorakkan tingkah laku anak tersebut.Berbalik kembali dengan maksud MUHAMMAD AQLIAZI iaitu akal yang terpuji lantas terlintas di benak fikiran Aqli yang Aqli suatu hari nanti akan menjadi seorang pemikir yang hebat untuk kebaikan umat sejagat, InsyaAllah dengan izin dariNYA Aqli akan terus terusan bekarya dan menulis untuk kebaikan kita bersama dan tidak pernah pun terlintas dalam fikiran Aqli yang usaha Aqli adalah untuk mengaut keuntungan dunia semata, kerana hidup kita di dunia ini hanya sementara dan ia hanya pinjaman daripada Allah S.W.T sahaja.Dengan itu kita seharusnya berbangga dengan nama setiap yang ibu bapa kita kurniakan kepada kita kerana tiada ibu bapa di dunia ini yng ingin meletakkan nama anak2 dari zuriat nya degan nama yang buruk serta erti yang pelik dan tidak membawa maksud apa2 , di sini Aqli turut ingin menjelaskan kepada saudara saudari sekalian bahawasayna Aqli mengunakan awal pangkal Aqliazi iaitu Aqli sebagai ganti nama saya dan tidak pula menggunakan Aqliazi sepenuhnya adalah kerana telah terbiasa dengan nama tersebut dan Aqli dikenali dengan nama2 Aqli di kalangan kawan2 Aqli .Jadi dengan penuh rasa merendah diri diharap semua persoalan berkenaan nama kita telah terjawab cubalah kita mencari maksud disebalik nama yang ibu dan bapa kita berikan kepada kita diharap kita akan mendapat maksud yang positif dengan setiap pencarian kita tersebut dan kita beramallah mengikut maksud nama kita yang baik tersebut kerana hanya amalan kita yang terpuji dan disukai Allah S.W.T sahajalah yang dapat menolong kita di hari akhirat kelak. Segala usaha kita yang baik akn mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T dan kit aakn Berjaya di dunia serta berjaya di akhirat kelak .InsyaAllah dengan hendakNYA sama2 lah kita menuju keredaan Allah bukan menuju kemurkaan Allah S.W.T.


Gambar insan lemah MUHAMMAD AQLIAZI BIN HUSSAIN.